Monday, July 23, 2012

KELEBIHAN RAMADHAN

Malam pertama
Dosanya keluar seperti ia baru dilahirkan oleh ibu
Malam ke-2
Dosanya diampuni, begitu juga dosa kedua ibu bapanya jika kedua itu orang mukmin
Malam ke-3
Dipanggil oleh malaikat dari bawah Arasy dengan seruan "mulailah kamu beramal sebab Allah telah mengampuni dosamu yang lalu"
Malam ke-4
Pahalanya sama seperti orang yang membaca kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran
Malam ke-5
Pahalanya seperti orang yang solat di Masjid Al-Haram di Mekah, Masjid An-Nabawi di Madinah dan Masjid Al Aqsa di Palestin
Malam ke-6
Seperti pahala orang yang tawaf di Baitullah, batu-batu serta pasir turut sama memohonkan ampun baginya
Malam ke-7
Seperti orang yang hidup pada zaman Nabi Musa dan membantunya hingga dapat mengalahkan Firaun dan Haman
Malam ke-8
Diberi oleh Allah segala apa yang pernah diberikan kepada Nabi Ibrahim
Malam ke-9
Seperti pahala beribadat kepada Allah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w
Malam ke-10
Dikurniakan oleh Allah kebaikan di dunia dan akhirat
Malam ke-11
Bersih dari segala dosa seperti baru dilahirkan dari kandungan ibu
Malam ke-12
Muka bercahaya di hari kiamat
Malam ke-13
Dtang di hari kiamat dengan keadaan aman dari segi kejahatan
Malam ke-14
Disaksikan oleh malaikat jika telah melaksanakan solat terawih maka pada hari kiamat ia akan dibebaskan oleh Allah dari segala mudarat
Malam ke-15
Diminta ampun oleh para malaikat yang memikul Arasy dan kerusi
Malam ke-16
Dibebaskan dari api neraka dan dapat masuk syurga
Malam ke-17
Diberi pahala seperti pahala para nabi
Malam ke-18
Diseru oleh para malaikat bahawa Allah telah redha kepadamu dan kepada orang tuamu
Malam ke-19
Diangkat darjatnya ke dalam syurga Firdaus
Malam ke-20
Diberi pahala para syuhada dan solihin
Malam ke-21
Dibina rumahnya dari Nur didalam syurga
Malam ke-22
Di hari kiamat ia akan datang dengan aman dari segala kesusahan dan dugaan
Malam ke-23
Dibangunkan sebuah kota untuknya di syurga
Malam ke-24
Pahala seperti 24 permohonan dikabulkan
Malam ke-25
Dihapuskan dari seksa kubur
Malam ke-26
Pahalanya diangkat selama 40 tahun
Malam ke-27
Dapat melintasi sirat dengan laju bagaikan kilat menyambar
Malam ke-28
Allah mengangkat dengan seribu darjat
Malam ke-29
Seperti pahala seribu haji yang mabrur
Malam ke-30
Dipersilakan oleh Allah makan buah-buahan syurga dan mandi dengan air salsabil serta minum dari telaga kausar


No comments:

Post a Comment