Sunday, December 2, 2012

~LAWAK


BERAMBUS!
Akibat masalah pekerja-pekerja yang kurang motivasi, selalu cuai dan pemalas, seorang pengurus besar baru syarikat bertekad hendak mengajar pekerjanya pada hari pertama dia bertugas.
                Pada hari pertama bertugas jika dia ternampak siapa-siapa yang nampak paling pemalas dan cuai bekerja dia akan pecat on the spot.
                Memang malang tidak berbau, pengurus besar muda ini ternampak seorang pekerja yang sedang duduk menyandar di tepi dinding tanpa buat apa-apa kerja.
                “Yang berbaju biru tu!” dia menjerit. Jeritan kuat menyebabkan semua pekerja tersentak dan memandang kepada pengurus besar baru berkenaan.
                “Berapa gaji awak?” pengurus besar itu bertanya dengan nada yang agak keras dan kasar.
                “Dalam RM800!” jawab pekerja tersebut.
                “Nah ambil ni...RM800! BERAMBUS KAU DARI SINI! KALAU NAK MALAS-MALAS BEKERJA TEMPAT LAIN!”
                Dalam keadaan terpinga-pinga terus mengambil duit tersebut lalu pergi dari situ.
                Pengurus besar tadi memandang kepada semua pekerjanya, seperti mahu mereka faham. Siapa malas, kene pecat! Setelah merasakan pekerja-pekerja faham maksud tindakan tadi, pengurus besar itu merasa puas.
                Sebelum bos itu masuk ke dalam opisnya, pengurus besar itu bertanya kepada salah seorang pekerja di situ: “Si Mamat tadi tu kerja department mana?”
                Jawap si pekerja: “Oh, budak tu datang hantar pizza je, tak kerja sini pun!”

Sumber: Majalah mastika