BERAMBUS!
Akibat masalah pekerja-pekerja yang kurang motivasi, selalu
cuai dan pemalas, seorang pengurus besar baru syarikat bertekad hendak mengajar
pekerjanya pada hari pertama dia bertugas.
Pada
hari pertama bertugas jika dia ternampak siapa-siapa yang nampak paling pemalas
dan cuai bekerja dia akan pecat on the spot.
Memang
malang tidak berbau, pengurus besar muda ini ternampak seorang pekerja yang
sedang duduk menyandar di tepi dinding tanpa buat apa-apa kerja.
“Yang berbaju
biru tu!” dia menjerit. Jeritan kuat menyebabkan semua pekerja tersentak dan
memandang kepada pengurus besar baru berkenaan.
“Berapa
gaji awak?” pengurus besar itu bertanya dengan nada yang agak keras dan kasar.
“Dalam
RM800!” jawab pekerja tersebut.
“Nah
ambil ni...RM800! BERAMBUS KAU DARI SINI! KALAU NAK MALAS-MALAS BEKERJA TEMPAT
LAIN!”
Dalam
keadaan terpinga-pinga terus mengambil duit tersebut lalu pergi dari situ.
Pengurus
besar tadi memandang kepada semua pekerjanya, seperti mahu mereka faham. Siapa
malas, kene pecat! Setelah merasakan pekerja-pekerja faham maksud tindakan
tadi, pengurus besar itu merasa puas.
Sebelum
bos itu masuk ke dalam opisnya, pengurus besar itu bertanya kepada salah
seorang pekerja di situ: “Si Mamat tadi tu kerja department mana?”
Jawap
si pekerja: “Oh, budak tu datang hantar pizza je, tak kerja sini pun!”
Sumber: Majalah
mastika
No comments:
Post a Comment